Showing posts with label B-Complex. Show all posts
Showing posts with label B-Complex. Show all posts

10 Cara untuk fokus dlm membuat kerja

5.3.14

1. Menjauhkan diri dari pengunaan internet yang tidak kena mengena dgn kerja
- seperti aai ni..ape yg aku tgh buat ni? blogger..facebook..forum..hentikan yer..fokus-fokus..

2. Berehat dgn cukup di waktu tidak bekerja.
- balik rumah lepas kerja rehat dan jgn main game, etc
- tido awal
- research mengatakan baca buku or tgk tv pon guna otak..so ape yg perlu buat supaya xguna otak..tido je. Tapi jangan terlebih tdo pulak ye.

3. Makan dengan cukup
- makan breakfast sebelom buat keje, tp jangan bantai nasi beriani plak..nanti keja xsiap..nk tido je

4. Workout n senaman
- Pagi2 sebelum datang kerja buat light workout supaya badan dan otak ready nak buat kerja

5. Abaikan call/sms yg boleh menganggu fokus
- abaikan call dari credit card agent atau bank
- abaikan kawan kat group yang tak tau kita tengah kerja
- jangan abaikan sms/call dari bos plak

6. Ketepikan hal peribadi
- anggap diri kita seperti org lain jika didlam office.
- meskipon anda mempunyai masalah yg bertimbun diluar sana. dalam office anda bukanlah org yg mempunyai masalah itu..masalah itu milik anda semasa diluar kerja sahaja.

7. Mandi
- dan tak lupa juga anda perlu mandi..kalau xmandi bukan anda je xleh buat kerja, orang sebelah turut mendapat tempiasnya... 

8. Buat satu task dalam satu waktu
 - ini lah kunci fokus sebenarnya. ramai org nk buat semua kerja dlm satu waktu. macamana nk fokus.

9. Sediakan timeline dan timesheet
 - setiap kerja yg nk fokus memerlukan plan iatu timeline
 - nak fokus kepada next task memerlukan timesheet supaya kita keep trak apa yg sudah dilakukan dan apa yg belom

10. Supplement
 - ambillah suppliment seperti B complex supaya menjadikan minda kita ini cerdas dan tubuh yg ready utk membuat apa-apa kerja. Klik sini untuk ketahui fungsi-fungsi vitamin B complex yang mungkin anda belum ketahui lagi.


Setakat ini dulu tips yang aai ada utk fokus dalam kerja.
kalau anda mempunyai tips2 tambahan sila sumbangkan.
apa yang anda sedang buat sekarang?
internet? stop! kalau ada kerja yang pending..tapi xpe kalau nk layari blog aai ni..
boleh release otak utk fokus dlm kerja seterusnya..

Jika anda suka dengan posting ini, anda rasa ia dapat memberi manfaat kepada sahabat anda yang lain. Mohon anda tekan LIKE BUTTON di bawah ini. Semoga, akan ada seorang dua yang dapat ambil iktibar dari apa yang saya kongsikan ini.
Read more ...

Derita 7 tahun berakhir, Selamat Tinggal Resdung

25.2.14
Dah 7 tahun suami aai ni sengsara dengan penyakit resdung dia. Aai sendiri pun naik kesian tengok azab yang dia alami.

Resdung dia bukan resdung biasa-biasa. Ini resdung tahap Ultraman dah. Sehari tak kurang 30x bersin. Itu belum termakan seafood atau ayam. Lagi bersin bertalu-talu macam kompang kenduri kawin.

Ubat, kayu asap, vitamin, akar kayu…. tak payah cerita lah. Asalkan ada yang kata boleh rawat resdung dia, memang berdesup dia cari. Rawatan kayu asap berkesan tak lamaa, selesa lah juga tak selsema seminggu, lepas seminggu, datang semula resdung dia.

Duit keluar memang macam air. Tapi itu okay lagi. Yang lebih tak okay adalah tak tau sejauh mana keberkesanan ubat-ubat tu dan seteruk mana side effect dia pada anggota badan.

Bila aai tanya suami… sampai bila nak hadap resdung ni? Dia jungkit bahu. PASRAH. Macam-macam cuba tapi tak sembuh juga. Sebagai seorang isteri, aai yang tak resdung pun terasa tempias azab dia.

Tapi ini dah jadi sejarah dah.

2 bulan lepas, aai terdapat tahu yang Shaklee rupanya ada set resdung.

Sebagai isteri yang sangat prihatin (chewah), saya pun amik inisiatif untuk study. Aai tengok banyak testimoni orang yang fully cured atau almost cured dengan Set Resdung Shaklee.

Lagi aai Google, lagi aai jumpa benda yang sama. It really works.

Jadi, selepas aai dah betul2 yakin, aai pun bagi tau la kat suami aai ni.

Suami aai ni, kalau makan ubat tunggu dah sakit baru cari panadol. Kalau dah selsema dan bersin tahap gaban, baru nak cari pil cetrizine (pil meredakan alahan akibat resdung). 

Kalau kat klinik dekat-dekat dengan rumah aai ni, nurse tu dah kenal sangat muka aai. Muka ubat resdung, tapi saya tak resdung. Saya tunjuk muka je kat kaunter, nurse tu bagi ayat penyata,
"mau cetrizine 1 papan eh?"

Hehehe... dah macam aai pulak yang kena resdung. Actually, suami aai jenis segan nak berurusan dengan perempuan. 

Suami aai, standard la. Terus makan je, tapi dengan syarat, aai kena jadi 'alarm' untuk dia makan suplemen ni. Tak kisah lah, lelaki ni biasanya tak cemerkap dalam hal makan suplemen. Tak sakit, buat ape nak makan ubat? Gitu le firasatnya. 

Aai risau jugak takut harapan suami aai ni berkecai sekali lagi. Tapi disebabkan aai juga ambil alfalfa ni dalam set bf, sekurang-kurangnya aai tak rasa satu pembaziran lah kalau resdung suami aai masih tak juga sembuh. Alhamdulillah, set bf buat susu badan bertambah banyak untuk anak aai.

Alhamdulillah dan syukur tak terhingga, selepas hampir 1 bulan dok jadi 'alarm' suami aai… masya Allah, resdung dia dah hampir hampir sembuh.

Dah tak bersin berpuluh kali dah. 

Suami aai ni clearly so happy about this. Terkejut sangat dia bila, last week makan nasi ayam dengan member, langsung tak bersin dan selsema.

Suami aai tahu saya join biz Shaklee ni, tapi disebabkan dia sibuk dengan biz dia, yang dia tahu aai dok promote sana sini set breastfeeding Shaklee. Dia tak tahu pun Shaklee ni ada set resdung. 

Dia pernah tanya “Kenapa sebelum ni takde bagitau pun?”

Saya jawab “Tak abes explore lagi..Hehehe”.

Kemudian dia marah aai sebab baru bagi tau dia. Dah berhabis kat ubat resdung sebelum ini. Kat Shaklee tak sampai RM100 pun sebulan.

Aiya.. mana la aai tau kan. Buat Shaklee pun baru tahun ni.. Lepas tu fokus kat Set Breastfeeding aje… Itu pun tak menyempat nak reply whatsapp dan fb customer nak order dan nak consult customer...
Kalau aai promote Set resdung pulak, maunya aai tak lepas hp kat tangan...hohoho.

Tapi aai gembira. Gembira sangat-sangat tengok perubahan drastik encik suami.
Dia lebih happy. Lebih ceria. 
Dulu kalau ajak shopping ke, beriadah ke, asyik menolak aje ajakan aai. Mana taknya, hidung berair, pastu bersin aje memanjang. Segan kat orang katanya. Sekarang ni dia yang ajak dulu. Alhamdulillah.

Sebenarnya, suami aai tak bagi aai publish masalah dia. Segan katanya. Tapi pada aai, resdung dia pun dah sembuh. Tak ada apa yang nak disegankan. Manalah tahu dengan pengalaman suami aai sembuh daripada resdung ni dapat menjadi pembuka jalan orang lain juga yang menderita masalah resdung.

Dr Azizan selaku mentor aai kata, perkara baik, kalau tak share dengan orang lain, berdosa hukumnya. Jadi disebabkan aai tak nak biarkan suami aai berada dalam keadaan berdosa, aai share pada semua. Lepas post ni aai publish, aai minta maaf banyak-banyak la kat dia. Hihihi...

Aai yakin, pengalaman suami aai dapat membantu ramai orang yang menghadapi masalah yang sama sepertinya.

Aai juga mendoakan penyakit resdung tu pegi lari jauh jauh dari suami aai. Berakhir sudah derita selama hampir satu dekad dalam hidup suami Aai.
No More Resdung. Bye Bye. Adios. Amigos.
Jadi pada kawan-kawan yang ada sakit resdung atau kenalan kepada kawan-kawan yang ada masalah yang sama, boleh PM aai.

Insya-Allah, aai akan tolong sedaya upaya aai dengan ilmu dan pengalaman yang ada.

Klik gambar untuk melihat imej besar.


Aai berikan harga loose item dulu ya;

Alfalfa Complex 330 biji RM54
Vitamin B-complex 120 biji RM54
Vitamin C Sustained Release 180 biji RM93

Jumlah harga runcit Set Resdung Shaklee RM201.

Tunggu dulu, anda mesti mak diskaun dan harga istimewa kan?
Caranya :

  • Mendaftar sebagai ahli. Anda akan dapat diskaun bagi setiap produk. Boleh jadi sumber pendapatan juga. Mana la tau ada kawan nak kirim. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi aai.
  • Atau PM Aai sekarang. Insha Allah kita boleh bincang harga ya..


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan sampingan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aai untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Siti Aisah (Aai)

Shaklee ID : 1033746
aairaz.ent@gmail.com

013-7722 024 (Call, SMS, WhatsApp)

Jika anda suka dengan posting ini, anda rasa ia dapat memberi manfaat kepada sahabat anda yang lain. Mohon anda tekan LIKE BUTTON di bawah ini. Semoga, akan ada seorang dua yang dapat ambil iktibar dari apa yang saya kongsikan ini.
Read more ...

Ingin Hamil, Tapi Belum Ada Rezeki?

7.11.13
Soalan Cepu Emas

Pernah tak dengar sesetengah pasangan yang dah berkahwin 2-3 tahun atau 5-6 tahun atau malah lebih lama dari itu, tapi masih belum dikurniakan anak. Mereka diasak dengan soalan-soalan panas macam ni:
"Dah lama kawin... Belum dapat anak lagi ke?"
"Tak tanye petua dengan orang-orang lama ke?"
"Dah cuba buat rawatan, mana tahu kau tak subur ke, jangan sampai huby cari lain..."
Dan macm macam soalan lagi...

Pertandingan Siapa Yang Lebih Lama?
Kadangkala ada pihak yang cuba menenangkan hati pasangan yang dah lama berkahwin ni dengan jawapan sebegini…
“Oh, tak lama tu.. Ada kawan saya tu 13 tahun…” atau mungkin 15 tahun atau mungkin 20 tahun..
Ini bukan satu perlumbaan atau satu pertandingan siapa lebih lama berkahwin dan tidak mendapat zuriat..
Kadang-kadang tidak dinafikan, niat mereka untuk menenangkan hati pasangan tersebut. Namun pasti tersentuh juga hati mereka bila orang kata 3 tahun @ 4 tahun @ 6 tahun @ 8 tahun tidak cukup lama..

Bagi mereka yang berkahwin dan spontan dikurniakan zuriat tanpa perlu berusaha apa-apa, memang tidak merasa apa-apa..

Yalah, benda senang dapat kan.. Anda tak mungkin tahu keperitannya..
Cukup lama atau tidak cukup lama, hanya mereka yang melaluinya saja yang tahu..

Ya, aai sendiri tidak dapat bayangkan keadaannya jika aai berkahwin 13 tahun, 15 tahun atau 20 tahun dan masih tidak mendapat zuriat..

Dan rasanya, terus terang aai katakan mungkin aai tidak sanggup untuk melalui keadaan itu..

Bagi pasangan yang sudah lama berkahwin, tentu akan berasa bimbang sekiranya masih belum dikurniakan anak. 

Honeymooners
Pendek kata, 3-5 tahun pertama berkahwin dan tidak punya anak ibarat honeymoon yang panjang dan biasanya pasangan ini ditenangkan supaya menikmatinya tanpa rasa risau, bimbang atau gelisah..

Tetapi bagi seseorang individu lain yang mungkin hanya bertemu jodohnya pada usia lewat 20an atau awal 30an.. mungkin lebih lama, lewat 30an baru berkahwin… sudah tentu saja apabila 2 bulan berkahwin masih tiada tanda mengandung pun sudah rasa tertekan..

Jadi, adakah wajar kalau kita beritahu kepada mereka ini “Ala, baru 2 bulan kahwin, apa nak risau?”
Cukup lama atau tidak cukup lama, aai yakin hanya individu yang melaluinya saja yang tahu perasaan mereka..

Jangan Membandingkan Siapa Lebih Lama Walaupun Niat Anda Baik
Jadi, sebenarnya aai amat berharap agar sekiranya anda mempunyai rakan yang baru mengandung atau baru mendapat zuriat, anda tidak perlu membanding-bandingkannya dengan rakan lain yang lebih lama lagi berkahwin dan tidak mendapat zuriat..

Aai juga mengenali ramai pasangan lain yang sudah lama berkahwin dan masih tidak mendapat zuriat..
Dan aai pasti walaupun mereka buat selamba aje, dalam hati siapalah yang ingin berkahwin dan tidak punya zuriat ya?

Kalau di barat atau pasangan yang berfikiran liberal, barangkali mereka memang tidak mahu punya anak, tapi kalau di Malaysia terutamanya pasangan Melayu.. aai belum pernah jumpa lagi..

Bagaimana pula di kalangan isteri yang bersungguh-sungguh untuk mendapat anak, namun suami buat selamba aje? banyak faktor yang mempengaruhi... Tapi yang paling penting, anggaplah ini adalah ujian yang Allah berikan. Banyak bersabar dan berusahalah.
"Apakah manusia itu mengira, mereka akan ditinggalkan dengan berkata : Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji (keimanan mereka itu)?" - Surah Al-Ankabut, Ayat 2
Penting! Jangan Putus Asa!
Apapun, kepada pasangan yang merasakan mereka telah lama berkahwin (tidak kiralah anda rasa 2 bulan itu lama, atau 2 tahun atau mungkin 12 tahun atau mungkin juga 20 tahun) dan masih belum mendapat zuriat, aai berharap agar anda terus berusaha dan tidak putus asa..

Kata kuncinya adalah ----->  Jangan berputus asa, ikhtiar dan terus berikhtiar..


Adakah aku mengalami masalah kesuburan? 
Perihal tentang masalah kesuburan ini memang perlu di atasi dengan berhati-hati supaya pasangan suami dan isteri tidak mengalami depression akibat tertekan kerana masih belum menimang cahayamata.

Ada pelbagai punca yang menyebabkan wanita sukar untuk mengandung. Antaranya:
  • Endometriosis
  • Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
  • Tiub fallopian tersumbat
  • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  • Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  • Masalah hormon
  • Menopous sebelum waktunya
  • Fibroid
  • Masalah tiroid
Perlu juga diingat. Pihak lelaki juga mungkin menjadi penyebab kepada masalah biologi ini. Antara punca utama:
  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin dan lain-lain.
  • Gangguan hormon
  • Masalah hernia
  • Salur sperma tersumbat
  • Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
Selain daripada itu, ada juga beberapa faktor luaran yang menyebabkan masalah kesuburan ini berlaku. Faktor-faktor ini melibatkan kedua-dua belah pihak sama ada lelaki atau pun perempuan. Antara faktor termasuklah:
  • Melakukan hubungan kelamin di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat dan nutrien
  • Tabiat merokok atau ketagih alkohol
  • Terlampau banyak mengambil ubat (drug)
  • Terdedah kepada pencemaran
  • Terlampau kurus atau obesiti.
"Jadi, bila harus saya berjumpa doktor pakar kesuburan?"
Seseorang wanita itu mengalami masalah kesuburan dan harus berjumpa pakar kesuburan bila:
  • Berumur bawah 35 tahun dan tidak hamil setelah berkahwin 12 bulan tanpa menggunakan mana-mana alat pencegah kehamilan.
  • Berumur lebih 35 tahun dan tidak hamil setelah berkahwin lebih 6 bulan tanpa menggunakan mana-mana alat pencegah kehamilan. Sumber : Blog Dr Zubaidi (Klik Sini)
Bagi punca-punca yang disebabkan oleh biologi, para suami dan isteri perlu berjumpa dan mendapatkan konsultasi daripada pakar-pakar bertauliah dalam bidang reproduktif. Ini sangat penting kerana masalah kesuburan anda ini perlu mendapat rawatan perubatan yang betul untuk tidak mendatangkan risiko penyakit lain pula.

Andainya anda dan pasangan tidak bermasalah dari segi biologi ini bermakna kebarangkalian anda dan pasangan untuk memperolehi cahayamata amat tinggi. Apa yang perlu anda buat adalah ajak pasangan anda bersama-sama berazam untuk mengubah cara hidup anda kepada cara hidup yang lebih sihat.

Banyakkan bersenam

Bersenam bukan sahaja untuk mengeluarkan peluh tetapi menjadikan minda kita cerdas. Tubuh yang sihat dan minda yang cerdas mampu meningkatkan tahap hormon kesuburan anda serta mengurangkan stress.

Elakkan pencemaran

Bunyinya mungkin sukar. Namun mungkin anda boleh bermula dengan menghindarkan diri dari tempat-tempat yang mempunyai risiko pencemaran. Jika boleh, berhijrahlah ke lokasi yang berudara segar. Sekurang-kurangnya anda dan keluarga boleh menghindarkan diri daripada menjadi punca pencemaran. Sebagai contoh, sekiranya anda seorang perokok, berhenti mencemarkan udara dengan asap rokok anda!

Pengambilan supplement untuk tingkatkan kesuburan

Kesuburan boleh dipertingkat dengan mengamalkan supplement seperti:

Vita-Lea - Kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Justeru, untuk cepat dapat anak, seorang wanita (mahupun lelaki) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral penting dalam kehidupan harian kita dan memastikan kesihatan di paras optimum.
Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin B3, B6 dan B12 berperanan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Kritikal bagi mereka mempunyai gaya hidup yang sibuk. Selepas seharian penat bekerja di pejabat, anda tentu memerlukan tenaga untuk bersama dengan pasangan.
Vitamin B12 juga berperanan dalam meningkatkan jumlah sperma.

Vitamin C - Selain berperanan melindungi sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vitamin E
  • Meningkatkan kualiti sperma
  • Meningkatkan "sperm count"
  • Meningkatkan motility (pergerakan/keaktifan sperma)
  • Digunakan secara meluas terutamanya dalam rawatan kesuburan
  • Membantu dalam masalah "mati pucuk"
  • Membantu meningkatkan libido (keinginan bersama)
  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Mengurangkan risiko keguguran ketika hamil bagi wanita
  • Menyelesaikan masalah kelesuan
  • Merendahkan kadar kolestrol
  • Membantu mencegah kanser
Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Justeru, bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee dapat membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan pantas.

Zinc
  • Menghasilkan sperma yang lebih berkualiti dan sihat
  • Membantu memekatkan air mani
  • Meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma
  • Meningkatkan keaktifan sperma (motility sperm)
  • Membantu melindungi sperma dalam menentang bakteria dalam vagina
  • Mencegah dari kemandulan
  • Meningkatkan fungsi organ seksual
Alfalfa
  • Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia
  • Melegakan sakit sendi dan belakang
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan
  • Memberikan kelegan semasa haid
  • Merawat masalah keputihan pada wanita
  • Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita)
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  • Memulihkan urat selepas bersalin
GLA Complex
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • # Wanita yang PERIOD TIDAK TERATUR
  • # Wanita yang PERIOD HEAVY FLOW atau SEDIKIT
  • # Wanita yang PUTUS HAID
  • # Wanita yang sering LEWAT DATANG HAID
  • # Wanita yang SENGGUGUT
  • Membantu meningkatkan kesuburan (Menghasilkan cecair serviks) - Trying to conceive baby!
  • Membantu sperma hidup lebih lama (5 hari) dalam tiub fallopio & memudahkan berenang ke fallopio
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid/senggugut) - abdominal pain, breast pain
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri bagi mengelak risiko keguguran
  • menguatkan imuniti tubuh
  • Untuk perbaiki fungsi saraf
ESP Soy Protein
(Klik sini) untuk ketahui lebih banyak kelebihan ESP.
Untuk yang alami masalah kesuburan, ESP membantu membentu tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat.

Perlukah anda ambil semuanya sekali?
Jawapannya cukup mudah. Jika anda ambil semua, itu adalah yang terbaik untuk kesihatan menyeluruh. Tetapi kepada yang baru ingin mencuba dinasihatkan untuk mengambil supplement seperti aai akan cadangkan sebagai permulaan.



Oklah. selesai tugas aai share kebaikan dengan insan lain yang aai kenal mahupun tak kenal. Yang tak kenal, jangan lupe add fb aai (klik sini), boleh kita kongsi cerita best-best kan..

Hubungi aai untuk mendapatkan supplement set kesuburan Shaklee okay!
Hidup bukankah untuk memberi manfaat untuk insan lain? kan...

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan sampingan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aai untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Siti Aisah (Aai)
Shaklee ID : 1033746
aairaz.ent@gmail.com
013-7722 024 (Call, SMS, WhatsApp)

Read more ...

Set Mengandung Terbaiklah!!

2.11.13
Assalamualaikum...

Malam-malam yang tak berapa nak sunyi ni, nak kongsi selama aai gunakan produk set mengandung paling basic yang aai amik. Tak pernah terfikir jodoh pula dengan set Shaklee ni. Kalau diingat semula, dah lama aai kenal produk Shaklee ni, sejak dari sekolah menengah lagi. Sekarang umur dah nak masuk 31tahun. Memang tau pun Shaklee ni banyak produk kesihatan, tapi tak terpanggil nak tahu pun rupa-rupanya banyak set-set yang dah berjaya membantu beribu-ribu ibu mengandung, ibu bersalin, ibu berpantang & ibu yang menyusukan anak.

Rahsia yang ada pada Shaklee adalah kerana ianya bersifat NATURAL. Ya, semulajadi. Sebab itu juga ianya mampu bertahan lama. Berapa lama Shaklee dah bertapak di dunia ini? Hampir 50 tahun. Rujuk SINI.Kalau Shaklee tak serius nak membantu menyelesaikan masalah berjuta manusia di dunia ini, tak mungkin ia mampu bertahan sebegitu lama. Kalau dah jodoh tidak ke mana ye tak?

Cerita tentang pregnant anak no. 3 ni, memang teruja & exited. (Eh..bukan sama je maknanye..hehehe) sebab masih mengharapkan puteri hati untuk teman saya kat dapur nanti... Bukan anak lelaki tak boleh bantu ummi dia di dapur, tapi paham-paham aje le, kalau dah namanye lelaki, kelembutan seorang wanita tu takkan sama dengan cara orang lelaki. Pernah tengok huby kita sekali sekala masak kat dapur tak? Hehehe... Hasil masakan huby saya biasanya not bad, tapi ada tapinya tu... dapur tu jadi macam chef takde assistant. Paham-paham aje le ye... But it is okay.. Bukan suatu masalah pun, kerja-kerja kat dapur bukan untuk seorang suami, tapi untuk isteri ye akak-akak semua.

Lari tajuk pula... ok sambung semula, masa detect aai peknen tu, bila masak nasi jer, bau nasi tu busuk sangat. Tak boleh tahan baunye. sampai sanggup pindahkan rice cooker tu masuk dalam bilik dan tutup. Tak nak bagi bau masuk ke dalam ruang tamu. E'eh lain macam je ni... Bila cek, confirm peknen. Tapi tak pasti dah bape weeks sebab saya jenis period tak menentu. Hormon tak stabil.


Alhamdulillah sepanjang saya pregnant anak 1st & 2nd, memang xde alahan yang teruk. Malah muntah pun tak pernah mcm dalam tv tu. Anak 1st, dah 3 bulan pregnant baru dapat tahu. Tapi masuk peknen anak 3rd ni, lin macm sikit.. penat, letih lengguh, na tido aje kejenye. Pegi kerja pun terpaksa aje rasanya. Tu jadinya rumah pun jadi berhabuk. Kain baju & masak memasak banyak huby yang bantulahh senang kata. Memang tak larat betul.

Bila dah rasa penat & letih je. Mulalah terfikir, aku ni dah tua agaknye, badan dah tak larat dah ni. Baru nak masuk 3 orang. Perancangan nak cukupkan team futsal. hehehe..

8 orang tu..besar cita-cita aai :)

Sampai terfikir, dah le cukup 3 orang pun takpelah kalo dah macam ni rasanya tak larat badan. Tapi masa tak larat tu, saya makan obimin + neurogain. Fikirkan kesihatan baby aje, tak fikir kesihatan umminye. Dipendekkan cerita, saya buka fb, terpanggil untuk cuba set shaklee. Dah minta advise dengan x-classmate masa kat matrik dulu. Dia dah lama promote produk shaklee, mesti dia dah pakar dalam hal ni. Dia suggest saya amik vita-lea + b complex (set basic/budget). Tapi saya still survey lagi produk lain.

Selang beberapa hari, saya terjumpa e-book kat wall one of my fb friendlist. tak kenal pun, tapi download aje lah. Free lagipun.

ini ebook yang menarik minat aai dengan shaklee. 
(Siapa nak tahu content ebook ni, boleh klik buku kat atas ni untuk download)

Lepas baca je, aai terfikir sejenak, sampai bila nak pergi kerja dan balik kerja tapi hati kurang ikhlas bekerja. Kat opis asyik ingat anak aje, ingat rumah aje yang tak berapa nak kemas, ingat huby aje sebab rasanya macam aai tak jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan berdedikasi, stress lagi kat opis. Lepas tu nekad, join aje le & beli set basic dengan Faeza Seri, link dalam buku tu.

Start dari situ, aai mesti teruskan usaha untuk keluar dari belenggu serba salah dan boring dengan jalan cerita hidup yang sama je setiap hari. So, bila aai dah sign-up & dapat set basic, tanpa berlenggah, terus makan setiap pagi lepas subuh vitamin shaklee sambil berharap aai & baby sihat. Seminggu amalkan, kesannya memang superb. Antara yang aai dapat rasakan perbezaan selepas ambil suplemen vita-lea + b-complex :


  • Kaki dah tak lenguh
  • Dah tak mengantuk aje (sehari dpt tidur 4-5 jam, tapi badan cergas)
  • Dah tak sakit pinggang time tidur
  • Masalah sakit di bahagian bawah abdomen/ari-ari apabila nak angkat kaki untuk alih posisi badan pun selesai
  • Dah tak pening-pening
  • Dah segar macam tak pregnant
  • Boleh buat kerja-kerja rumah sampai bersih-sih rumah tau (mop lantai, cuci & jemur baju, masak & etc)
  • Solat jadi mudah sebab sendi tak senggal
  • Jadi mudah bangun untuk solat tahajjud (ini amalan baru berjinak-jinak lepas join Shaklee)
  • Bangun pagi dengan segar (xde ngantuk-ngantuk nak sambung tido)

Agak-agak berbaloi tak melabur untuk kesihatan badan? Anda jawab sendiri, bagi aai ianya berbaloi sangat-sangat. Sekarang aai jadi sangat bahagia dengan kesihatan yang Allah pinjamkan. Happy je. Best je. Duit banyak, tapi badan sakit sana sini pun tak guna kan.... Memang lepas ni aai akan teruskan guna produk Shaklee untuk berpantang dan menyusu nanti. Tak sabar nak bersalin bukan sebab dah tak larat mengandung, tapi tak sabar nak jadi testimoni untuk set bersalin & menyusu pulak. Hehehe...

Cuba kita tengok pelaburan ai dalam set basic ni semasa hamil. Maybe kesannya baik untuk aai sebab aai tidak mengalami alahan yang teruk macam sesetengah ibu-ibu hamil yang lain. Namun pada aai, bagi ibu-ibu yang ada masalah alahan yang teruk, lebih baik ambil set lengkap hamil. Nutrisi set lengkap lebih baik untuk ibu & baby.


Vita lea (120biji/botol) = RM88.75
b-complex (120biji/botol) = RM53.75

Total = RM142.50

Set ni tahan untuk 4 bulan, sehari makan sebiji aje waktu pagi sebelum/selepas solat subuh)
RM 142.50/ 4 bulan = RM 35.65 je untuk sebulan.

Maknanya, sehari cuma spend RM 1.19 aje untuk pastikan kesihatan di tahap terbaik.
Lebih murah dari secawan slurpee yang sah-sah banyak gula & tak baik untuk kesihatan. Gula dah mahal wei...

Tapi  kalau beli dengan aai, aai bagi BEST PRICE. If jadi member, dapat harga laaaaagi murah tau. Dah le dapat diskaun hebat, dapat tips & rahsia buat duit secara online dari rumah sambil jaga anak-anak sendiri. Best ke x best? Mestilah best...

2 thumbs up lagi tau!!!

Harga best price tu, sure kos suplement sehari kurang dari RM1.
Jimat kan???

Kebaikan untuk diri aai, aai kongsikan untuk memberi manfaat pada ibu-ibu lain juga. Kalau kita nak best sorang-sorang, nak bahagia sorang-sorang, buat apa Allah ciptakan ramai orang kat dunia ini. Betul tak???

Oklah, untuk entry kali ni, sampai sini je dulu, if rasa perkongsian aai ni tak bermanfaat untuk anda, tapi bermanfaat untuk sahabat atau saudara mara yang menghadapi masalah sama macam aai, silalah beritahu ye. TQ.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan sampingan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aai untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Siti Aisah
Shaklee ID : 1033746
aairaz.ent@gmail.com
013-7722 024 (Call, SMS, WhatsApp)
Read more ...